this site is like my online notes on the things i've learnt about Islam
what little knowledge that i've gained, i'll try to compile it here. both english n malay will be used (depending on which language i'm comfortable in to spread the message)

each entry will have the topic in the title. the following topics will be covered:
fiqh: expansion of Islamic law, complemented by the rulings of Islamic jurists to direct the lives of Muslims
tasauf: berkenaan maksiat zahir dan batin
sejarah: the life of nabi muhammad s.a.w
tauhid: to believe that none has the right to be worshiped except Allah
hadith ke3: explanations to the 5 pillars of Islam (rukun Islam)
hadith40: collection of biographic reports about the sayings, customs and doings of Mohammed and his companions
munakahad: everything to do with marriage in Islam
jenazah: everything to do with death
ceramah: anything that doesn't fit the other topics


<< January 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Jan 2, 2009
tafsir: al-baqarah [2:1-5]

friday nite, ustzh kamariah, mjd darul ghufran

terjemahan bagi ayat 1-5 dalam surah al-baqarah (lembu betina):
"Alif laam miim (hanya Allah yang tahu maknanya). Kitab ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahgian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka, dan mereka yang beriman kepada Kitab yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-Kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin adanya akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung."

dari lima ayat pertama dalam surah al-baqarah, Allah menyatakan bahawa orang yang beriman tak meragui apa yang terkandung dalam Al-Quran. segala isi kandungan Quran itu adalah benar. Quran itu petunjuk bagi orang2 yang beriman. Mereka akan berpegang teguh pada kandungan Al-Quran. sebaliknya, orang yang fasiq meragui hukum-hakam yang ada dalam Al-Quran. Ada sesetengah orang yang berilmu tapi tak percaya pada cerita nabi isa a.s. yang ada dalam Al-Quran. di mana nabi isa a.s. diangkat ke langit dan seorang yang lain dinampakkan mirip rupa nabi isa a.s. dan orang itu lah yang telah disalib oleh orang2 nasrani.

beriman pada yang ghaib membawa maksud beriman pada perkara2 yang tak dapat dilihat dengan mata. seperti dalam rukun iman. percaya pada Allah s.w.t. percaya pada malaikat Allah. percaya pada qada' dan kadar. itu semua tak dapat kita lihat tapi kita tetap percaya.

mendirikan solat itu penting kerana ia adalah tali hubungan kita dengan Allah s.w.t. mereka yang menjaga solat akan mendapat kesenangan dan ketenangan. sebaliknya, mereka yang sering meninggalkan solat, tak akan mencapai kejayaan. walaupun orang itu kaya raya, jika dia tidak mengerjakan solat, kekayaan yang diperolehinya itu bukan lah satu nikmat. bahkan, ia satu azab. orang itu tidak akan bahagia walaupun dia kaya (eg. elvis presley, marilyn monroe and many other super stars who are rich. in the end, they commit suicide or die due to usage of drugs).

mengeluarkan zakat itu wajib jika cukup jumlahnya dan masanya. zakat harta itu harus dikeluarkan setiap tahun. dengan mengeluarkan zakat, kita membantu orang yang kurang kemampuan.

kita juga diwajibkan percaya kepada kitab Allah (Al-Quran) serta kitab-kitab yang sebelumnya (taurat, injil, zabur). kitab zabur, taurat dan injil yang asli tiada lagi di zaman ini. orang-orang nasrani kini menggunakan injil yang ditulis oleh paderi besar mereka (diantaranya ialah St Paul yang asalnya orang yahudi). orang-orang yahudi pula menggunakan kitab thalmut dan bukan lagi kitab taurat. jadi mereka sudah tidak mengikut ajaran nabi-nabi mereka serta kitab-kitab yang dibawa mereka.

orang yang beriman juga yakin dengan adanya akhirat. mereka tak akan meremehkan hukum Allah s.w.t. mereka yang beriman akan menjaga aurat mereka, cara pergaulan mereka dan sebagainya. kerana di akhirat kelak, semuanya akan dihitung oleh Allah.

Posted at 11:23 pm by yaney

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry